Berdasarkan tajuk diatas, so Yana nak ceritakan trip ke Firefly Park Resort.
Trip ni pun just dalam 2 hari 1 malam je. Tak lama mana pun. Benda ni pun still on budget yang baik for student. Bagi yana lah.
Percutian ni melibatkan 4 orang. So memang berbaloi gila bila pergi. Sebab all in one lah. Disebabkan Yana dari Ipoh. So naik bas dari Ipoh Amanjaya ke Putrajaya Sentral. Kami gerak pada 25/01 pukul 2 petang. Kos (RM 25.70 x 2= RM51.40) . Yana pergi dengan adik saudara Yana, Abi 💓💓💓
1st DAY
Trip bermula pada 26/01/2019.
Cadangnya pada pukul 8 pagi tu kami akan berjogging ataupun berkayak. Tapi sayangnya, ada event dekat tempat berkayak tu. So tak dapat lah berkayak. So aktiviti tu diganti kan dengan pergi taman botani. Then Taman Putera apa entah. Lupa pulak.
Lepas je jalan jalan dekat area Putrajaya tu, kami beli breakfast and masak untuk makan tengahari dan malam nanti dekat Fire Fly Resort. Kami bersiap siap dan packing barang sampai pukul 12tengahari. Pukul 1 kami bergerak dan menuju ke destinasi yang kami nak tuju which is FIREFLY PARK RESORT!! Wah nampak tak excited tu hahahaha 🤣
Kami ada driver sendiri. so kami tidak perlu risau lah. Just tidur jelah dalam kereta dengan amannya! So kami sampai dalam pukul 4 macam tu. Sebab jalan jem gitu. So lambat sikit lah sampai.
Patutnya check in pukul 3 tapi dah lambat kan. So check in pukul 4.
![]() |
pintu masuk FireFly Park Resort |
![]() |
Kolam |
Bila nak pergi kat bilik kami, memang excited 😍
![]() |
Bilik kami |
So sorry sebab takde gambar kat area ruang tamu. Video adalah tapi tu pun tak berapa clear. Tapi okay je sebab ada TV, ada kerusi, ada heater, ada kipas. Tapi better bawak tikar so nak makan tu okay lah ada lapik. Untuk bilik ada 2. 1 bilik tu ada 2 single bed, satu lagi 1 queen bed. Dua dua bilik ada air cond. Then please bawak sejadah 😇 dorang tak provide sejadah, just provide tuala je. Tuala tu pun tersorok.
Untuk bilik air okay jelah. Rate boleh bagi 3/5. Spoil is paip dia tak elok. Tak tahu untuk rumah lain macam mana. Tapi rumah kami, bilik air paip dia tak okay. tapi nasib provide baldi and gayung. Shower okay jelah, ada air panas sekali. Tapi kalau lets say korang bawak pinggan kena basuh, korang basuh kat bilik air. Bawak sponge and sabun basuh pinggan. Sebab tak provide jugak. Sendirian berhad.
Rumah ni ada 2 pintu, 1 pintu depan, 1 lagi pintu belakang. Bila bukak je pintu belakang tu nampak terus kolam renang tu. Pagi pagi terjun lah terus hahaha ramai gila budak budak mandi.
Lepas je solat, makan, kami pun snap gambar beramai ramai gitu. hahaha.
Lepas kami snap gambar semua, kami terus pergi ke Taman Malawati. Dekat situ dikenali Taman Monyet. Perjalanan dalam 15 minit dari resort.
kalau korang tengok, kat sini ada 2 spesies which is Silver Leafed ataupun Lotong. Mereka lebih okay and jinak sikit dari Kera. Kera ni macam garang sikit. Disebabkan kami semua ni penakut kecuali Kak Laa. So inilah hasil gambar kami.
![]() |
Gambar gue nggak nampak |
Dekat Taman Malawati tu banyak gila tempat boleh tengok tapi kami kekangan masa. Lepastu semua kepenatan sebab Kera hahaha. Kami sempat singgah satu tempat ni yang ada macam meriam tu.
Kami terus balik untuk mengurus diri untuk solat, mandi, dan makan. Aktiviti malam kami untuk tengok Kelip Kelip. Aktiviti utama dekat Firefly Resort ni kelip kelip lah. Sebab tempat lain takkan ada kelip kelip ni. Harga untuk masuk Kelip Kelip ni pun RM 16/seorang. Mahal kan? Tapi berbaloi lah. Sebab bila lagi nak tengok kelip kelip. Tengok kelip kelip ni dalam 15 minit. Korang better takyah rakam sebab memang tak nampak apa. Pastu jangan bukak flashlight. Sebab kelip kelip sensitif. Sepanjang kami atas bot untuk tengok kelip kelip, ada bau wangi. Jangan lah tegur k. Sebab bau wangi ni lain sangat.
Sepanjang atas bot, abang bot explain sikit pasal Kelip Kelip dan Kunang Kunang. Ada beza tau kelip kelip dengan kunang kunang ni. Then kelip kelip and kunang kunang ni, dorang stay dekat Pokok Merembang. Tapi membiak dekat pokok Nipah. hanya mampu bertahan selama 5 bulan sahaja.
- Kelip Kelip - lebih cepat mengeluarkan cahaya
- Kunang Kunang - lambat sikit mengeluarkan cahaya.
![]() |
cr: encik google |
Makan malam kami agak grand sikit, sebab owner resort buat party birthday anak dia. So apa lagi makan lah. Makan kambing bakar uolssss. Kek pun free. ya allah rezeki kami malam tu.
Lepas makan sampai kenyang. Pada mulanya rancangan malam tu untuk tengok movie. Mula mula semua tengok. Lama lama tinggal Yana and Abi je tengok. Kami pun macam emm so terus masuk tidur.
2nd Day
27/01/2019
Huwarghhh! Rasa taknak bangun kerana cuaca sejuk pagi pagi macamni. So, aktiviti pagi pagi mandi kolam. Kalau tak semalam, tapi kekangan masa. So bangun awal semata mata nak mandi kolam. Dari pukul 8 - 9 pagi mandi. Just nak warning lah, kolam tu, maybe ada klorin. Sebab macam kaki yana ada macam tempat laku + gatal, so bila mandi dia pedih tau. Tapi okay jelah kalau korang nak release stress kan.
Lepas je kami mandi kolam, take turn untuk uruskan diri siap siap untuk check out. So makan makan dulu. Breakfast kami nasi lemak uolsss. Sambal tu masak sebelum bergerak. Alhamdullilah sambal tu tahan lama. So boleh makan. Lepas kami dah siap packing barang, kemas bilik. Kami terus bergerak ke sekinchan. Perjalanan ke sekinchan memakan masa 40 minit. Kami tidur lah hahahaha.
Honestly, Sekinchan tak sehijau dulu. Time yana tengok Jalan Jalan Makan Angin, semua hijau. Now tak sehijau dulu. Yana tengok jugak Padi Box yang viral. Kalau korang tengok gambar yang yana letak kat atas tu, korang boleh tengok memang tak hijau dah. Sedih 😭 Tapi takpelah, dapat jugak pergi Sekinchan. Bila lagi nak pergi kan.
After that, kami ke Pulau Redang Sekinchan. Perjalanan dari Sekinchan ke Pulau tu dalam 15minit. Tempat ni kosong je. Tempat orang orang Cina. Kami pergi time tengahari, so memang panas litlit. Takleh buat bincang. Kami semua kepenatan dan panas sangat. Walaupun kat situ ramai jugak orang waktu tengahari gitu.
So lepas je penat penat tu, terus gerak balik ke Putrajaya. Dalam pukul 4 macam tu kami sampai di Putrajaya. Bas kami pukul 6.30pm. Kami pun solat dulu semua, then terus ke Putrajaya Sentral untuk gerak balik Ipoh.
BUDGET 5 orang
-Bus Amanjaya <--> Putrajaya RM 52 x 2 orang = RM 104
-Chalet = RM 220
-Kelip kelip RM 16 x 5 = RM 80
-Minyak = RM 40
-Makan = RM 40
Jumlah keseluruhan RM 484
Per person : RM 96.80 tapi better up sikit harga
p/s: Touch n Go disponsor hahaha
BETTER KORANG BOOK SEBELUM PERGI. enjoy ya!
No comments:
Post a Comment