Disebabkan baru je balik vacation dari pangkor, so kita saja saja lah buat itinerary.
Padahal 3 hari 2 malam je uolss hahahaha *keacah acahan*
FIRST DAY
Yana dari Ipoh, so yana naik bas ke Lumut dengan cousin dari Terminal Aman Jaya.
So untuk pergi sahaja RM 11. Yana naik bas Transit Perak. So nanti dia berhenti kat Sri Iskandar & Manjung . So perjalanan tu mengambil masa 2 jam 30 minit. Naik pukul 9.30 something. Sampai pukul 12 camtu.
So dah sampai, kalau korang nak pergi jeti dalam 5 minit je. Tak jauh mana pun.
Pastu beli pulak tiket naik feri.
Bila naik feri ni nanti dia akan berhenti 2 kali.
- Perhentian pertama - pekan pangkor. so kat situ ada kilang ikan bilis lah sate ikan bagai.
- Perhentian kedua - yang ni baru tempat kena turun. Kat situ ada teluk nipah lah apalahh..
Bila dah turun tu, nanti ramai gila pakcik pakcik teksi tunggu kat depan jeti tu *lol* rasa scary gila..
so harga memang tetap dari JETI <----> TELUK NIPAH RM16.
teksi dorang warna pink! boleh naik ramai tau. sebab dia bukan teksi biasa.
Dia macam van lah. so dalam 10pax boleh lah naik. Lagi ramai, lagi murah.
Untuk sorang naik teksi ni, RM 5.30+
Disebabkan kiteorg sampai kat chalet pun dalam tengahari gitu,
so lapar gila... disebabkan kiteorg datang time weekdays, so banyak kedai tak bukak. So setiap orang bawak makanan masing masing, so tengahari tu, makan bubur jelah yang beli kat kedai RM 2. Sedap gak tauuuuu hahahahaha. Lepas tu, mandi plus solat and rehat rehat. Kiteorg pun keluar dalam pukul 4 petang camtu..
ya allah, time tu cuaca panas gilaaa. Chalet kiteorg dekat je dengan pantai. Then, jalan jalan tengok pantai. Uncle Azahari ada cakap 6.30 petang ada hornbill feeding. So lepas je kiteorg jalan jalan snap gambar bagai, terus pergi tempat feeding. Yana sendiri tak dapat nak explain location dia dekat mana, nanti korang pergi sana, tanya je orang kat situ.
Ramai gila mat salleh datang dekat tempat hornbill tu. Btw hornbill tu macam tahu tahu je tempat tu orang akan bagi makanan dekat dia. and dia pun feeling retis lah orang snap gambar dia. Abang yang bagi makanan tu dia cakap, dia akan datang sebelum senja. bila dah gelap dia akan balik lah. memang banyak gila hornbill kat situ. Disebabkan dah pukul 6.50 something. So kiteorg order dulu makanan dekat depan chalet kiteorg, sambil tunggu tu, apalagi snap ah gambar time sunset. Kat situ jelah sunset, kalau sunrise jauh sikit. emmm.
So, yana makan nasi pattaya. Nasi dia RM 7. boleh tahan lah. so malam takde aktiviti sebab kepenatan gitu hahahaha
SECOND DAY
okay, second day memang panjang sikit perjalanan dia, tapi yana ringkaskan seringkas yang mungkin hahahaahah.
siap siap nak pergi snorkling pulak, tapi sebelum pergi snorkling tu kita breakfast lah dulu. So kiteorg breakfast depan chalet je. Breakfast ni dah termasuk dalam package. Lupa pulak nak cakap pasal package haaa, nanti nak habis yana bagitahu. So first day breakfast ni, kiteorg order nasi lemak. Air pilihan sendiri lah. Kalau tak ikut package nasi lemak tu RM 3.50 + Teh O Ais RM 2. Disebabkan kiteorg awal, Pakcik Mansur cakap kiteorg snorkling pukul 9 camtu baru pakcik satu lagi tu sampai. So sambil menunggu tu apa lagi, selfie lah alahai. hahaha.
So dah pukul 9 camtu, pakcik tu bagi lah safety jacket and goggle tu. Semua takde experience snorkling. Actually yana pernah lah pergi snorkling, tapi takutt gilaa. so kali ni beranikan diri huhuhu
Snorkling ni pun dah termasuk dalam package, sekali island hoping. Dari teluk nipah ke Teluk Giam tu naik bot dalam 5 minit je hahaha, so time kiteorg sampai tu, takde siapa weh. kiteorg bertiga je.
pakcik tu kata takde apa jangan risau, nanti ramai lah. memang betul ramai. tak sangka pulak ramai orang. happy gila sebab dapat snorkling, tak takut dah! tapi sayangnya, ikan dia ada ikan saradine, ikan biasa biasa je. tak secantik macam kat ganu. coral pun takde. ada batu je banyak. tapi okay lah, dapat selam lama lama. pakcik kami takde pun bagi roti. ejen lain semua pakat bagi roti. kami pun duk menagih simpati roti dekat orang lain. time tu kiteorg pun dapat kawan baru.
so lepas je habis snorkling, kiteorg pergi island hoping.
1. Crocodile rock
2. Turtle rock
3. Whale rock
4. Pulau monyet
5. Pantai metagor
Lepas je settle semua tu, terus ke chalet, rehat kan diri. sebab petang nanti nak ke pekan beli ikan bilis lah sate ikan lah apa lah. So kiteorg pun sewa 2 motor, 1 motor RM 30. tapi bahagi 3 so sorang RM 20. disebabkan spare, so kiteorg tambah RM 3 untuk 1 motor. disebabkan yana naik dengan cousin tu, so sorang RM 1.50.
Tempat yang kiteorg pergi:
1. Kilang Sate Ikan PakSu
2. Kota Belanda
3. Masjid Terapung
4. Batu Bersurat
5. Pantai Bogak
so done untuk D-2!
malam malas dah nak cerita. as usual, beli makanan kat depan sambil tengok 'JANGAN BENCI CINTAKU'. makanan harga RM 9 .
THIRD DAY
bangun pagi siap siap pack barang. pastu breakfast macam biasa hahahaha,
Kali ni ambik AMERICAN BREAKFAST RM 5 + Milo Ais RM 2.50
American breakfast (2 roti bakar+ 2 telur mata+ butter+jem+ sosej)
pagi ni aktiviti santai je, duduk tengok pantai, pastu jalan jalan beli souvenir gitu hahahaha
![]() |
American breakfast |
last picture gitu |
Pukul 11 camtu kiteorg check out. So naik teksi, so RM 16 jugak. Pastu terus naik feri.
Disebabkan tunggu feri tu nak gerak tu lama, pastu dia berhenti kat perhentian pertama tu sempat jugak melelapkan mata hahaha. so dah sampai jeti Lumut dalam pukul 12. Apa lagi, cari makan ahhh.
Disebabkan kat depan jeti tu ada kedai makan, so makan lah. Bajet yang telah dikeluarkan RM 5.50.
Dah settle makan semua, terus beli ticket bas. Harga sama RM 11. Kiteorg ambik bas pukul 2.30 petang. Sampai 4.30 petang camtu. pastu tunggu ibu abah ambik.
okay done! itu je nak share hahaha. takde apa yang menarik pun.
but feel happy to share my experience vacation dengan cousin :)
Package 3H 2M:-
RM 150/seorang
Harga termasuk :-
~ 2 malam penginapan (3orang sebilik) bilik
aircond, attached bathroom
~ 2x sarapan
~ 1x snorkeling di Pulau Giam+alatan
~ Bot trip melihat 3 bentuk selepas snorkeling
BUDGET
Day 1
- bas RM 11
- feri RM 14
- teksi RM 5
- makan malam RM 7
=RM 37
Day 2
- sewa motor RM 20
- minyak motor RM 1.50
- ikan bilis + sate ikan RM 30
- makan malam RM 9
=RM 60.50
Day 3
- souvenir (magnet) 3 RM 10
- teksi RM 5
- makan tengahari RM 5.50
- bas RM 11
=RM 31.50
TOTAL BUDGET:-
package+D1+D2+D3
RM 279
Nice jugak aktiviti kat sana
ReplyDeleteYa memang nice pun pergi Pulau Pangkor.
DeleteAs salam ..masih ada lagi ke pakage ini...ini pakej dari Resort di Teluk Nipah tu ya. Terimakasih
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Masih ada package ini. Ya betul Resort dari Teluk Nipah. Tapi resort nya biasa biasa sahaja. Tapi okay je.
Delete