Pages

TRIP TO BUKIT MERAH

Hi everyone! Kembali lagi dalam trip ke Bukit Merah. So, yana akan bagi budget ke Bukit Merah. Kalini Yana pergi bertujuh which is Yana pergi dengan housemates ❤️💚 

First kiteorg ni dari Perlis. So, kiteorg gerak dari Kolej Kediaman pukul 08.00 pagi Sabtu pada 14/09, kiteorang sewa dua kereta (Kereta Axia). Kiteorang ikut jalan lama Alor Setar, then berhenti lah sekejap dekat R&R Gurun untuk breakfast dan uruskan diri. Memang dalam itinerary yang yana buat, kita akan sampai R&R Gurun dalam pukul 09:00 am tapi cuma terlambat 30 minute. but is okay. Then lepas je kita settle makan minum membuang dan sebagainya, terus terus kami pecut ke Bukit Merah. so, kiteorang sampai pun dalam pukul 12 tengahari. Macam ngam ngam lah perjalanan kami time tu. Alhamdullilah selamat sampai dengan jayanya. 


After kitaorang sampai tu, terus beli ticket. That time ada promo Hari Malaysia. So, harga per person RM 36. Kalau tak RM 54 which is include WaterPark, EcoPark, Skycycle. Atau pun korang boleh check it out this link https://www.caridestinasi.com/harga-tiket-bukit-merah/ . Alhamdullilah kat situ kiteorg dah save RM 18. haaaaa bijak bukan? After that, kiteorang terjah dulu dekat WaterPark sebab kiteorg tak tahu pulak EcoPark tu jauh. So, mandi manda dulu di WaterPark. Agak lama jugak kiteorang mandi that time. Macam macam ada kat situ, Boomerang, Lazy River, Giant Tube Rides, Water Speed Slides, Mandi Timba, Sandy Beachfront and Kids Adventure River. Actually better you gais sewa pelampung. sebab mostly kat situ guna pelampung. Kiteorang ni just pusing banyak kali then naik boomerang, pastu slides yang takyah guna pelampung. eh, lupa nak cakap, better pakai baju Jersey bila pergi senang. Katanya if pakai baju cotton or any materials ada effect apa entah. So, better pakai Jersey okay! 


After settle mandi dekat WaterPark, kiteorang lapar, so makan lah dekat kedai makan dekat area masuk waterpark. Kat situ tak banyak package makanan pun, just ada burger and ayam. So, yana ambik burger daging + fries and air tin dalam RM 12. Lepas tu terus kiteorang pergi EcoPark. Dekat EcoPark tu banyak jugak binatang and kita boleh pegang and bagi makan. Mula mula kiteorang naik SkyCycle. SkyCycle ni macam naik kabel car, tapi kita yang mengayuh guna tangan kita. That time Yana naik berdua dengan Mela, Nurin dengan Syikin, and Sab, Asy dengan Milla. Bila naik tu, kita akan nampak banyak binatang macam kuda, kura kura, ostrich, rabbit, angsa, buaya, dan macam macam. 


Lepas je settle SkyCycle, terus terus pergi EcoPark. tak shabarnya!!!
Kiteorang time pergi tu ada sorang abang tu dengan baik hatinya menjadi tour guide gitchew for EcoPark's trip. So kalau korang tengok, kawan kawan Yana masuk dalam tempat rabbit bagi makan and others. So, kat sini friendly teruks. ingatkan takleh masuk and pegang, rupanya boleh.


Selesai our trip dekat Eco Park, bila keluar je dari Eco Park tu, kat depan tu namanya Kampung Air. So, kat sini pun pelancong boleh menetap di sini. Sebab tu dikira homestay. Kalau nak tahu price, boleh je google terus. Tempat lawa teruks. Macam kampung kampung gitu. nama pun Kampung Air. apolah! Ni our group photo ❤️


Ni kira baju dah kering ah ni. So, semua kelaparan. Kita cari makan kat luar dulu. Then baru check in. Guest house kiteorang dekat dalam resort Bukit Merah tu jugak. Bila pergi ya allah. seram teruksssss. macam takde orang. Kalau girls malam malam jangan keluar ah. Lupa nak snap apartment dia. Lupa pulak. Haritu booking dekat Agoda, RM 148.50 tang ni mahal. Kalau lah tahu Bukit Merah buat offer tu, memang kiteorang ambik je package Bukit Merah itu pun kalau ada kosong. Tapi facility rumah orang ni bagus, ada air fryer, fridge, iron dan others. Dalam 1 rumah tu ada  master bed room, bilik sahaja then bilik air. Selesa alhamdullilah. Ingat kan dia macam hotel, rupanya tak. That time yana ingat nak bayar cash, tapi owner takde, so yana transfer. That time buat payment pun lambat. Tapi nasib owner tu faham. 
Master bed room

Then bilik satu lagi macam ni. disebabkan kita 7 orang. memang selesa sangat dengan accommodation yang telah diberikan. 



DAY 2 

Hari kedua kiteorang pergi ke Taiping sambil menyelam cendol and pergi Taman Tasik Taiping. Cendol yang sedap dekat Taiping yang kiteorang pergi is Bismillah Cendol. Memang sedap dan harganya pun standard. Taman Tasik Taiping kita just pergi untuk snap gambar je. 


Cendol Biasa 

Taman Tasik Taiping 

So, after that kiteorang pergi Ikea Bukit Kawan dan terus balik. So itu jelah kesudahan trip ini. 
Based on this budget, harga kereta yang mahal sikit. Sebab kita ambik 2 kereta AXIA. Then actually harga ticket tu dah kira murah sebab sempena Hari Malaysia. Kalau tak mahal lagi, korang boleh check it out the price. Budget list bawah ni tak termasuk makan, souvenir dan sebagainya. 

Budget PER PAX

Rumah : RM 21.21
Sewa kereta : RM 31.43
Ticket : RM 36 
Tol : RM 12
Parking ticket : RM 2
Locker : RM 2
TOTAL: RM104.64

So, ya! I hope you guys enjoy with my trip. Actually dah lama I type this trip. Tapi busy so tak sempat nak update. So, bye everyone! Muahhhh! XOXO :) 






Sudah baca ? Like le . Thanks you .

TRIP TO LANGKAWI (BALIK HARI)


Hi everyone! disebabkan lama tak update, so kalini kita update lah sikit pasal budget trip ke langkawi balik hari. hope you guys enjoy baca post kalini. Yana pergi kalini dengan Roommate aka V.I.P Room 3 XOXO ❤️💚 


First, kiteorang gerak dari Kolej Kediaman dalam pukul 7. So kami naik grab dari Simpang Empat ke Kuala Perlis dalam RM 15. So dalam 20 minit perjalanan kami. Kami tak breakfast apa apa pun kat Kuala Perlis, sebab nanti cadang terus makan tengahari kat sana. Feri kami pukul 8.30 pagi and ticket pergi balik RM 36. So memakan masa about 1 hour jugak untuk sampai ke Langkawi. Eh sebelum tu, time kami kat Jeti Kuala Perlis tu, kiteorg book terus kereta sewa dekat sana. Kereta Axia RM 50 sehari. tapi kami ambik separuh hari pun tetap sama. 




Lepas dah sampai Langkawi, kami terus contact abang kereta sewa untuk ambik kereta sewa. So basicly memang kena bayar deposit RM 50. So nanti dapat lah balik duit deposit bila nak pulangkan kereta balik. Bila dah dapat je kereta sewa tu, kiteorg terus isi minyak RM 30. banyak kan? 

Then terus ke SkyCab, kami pergi tempat paling jauh dulu, pastu baru lah tempat dekat dekat. Perjalanan dari Jeti Langkawi ke Sky Cab about 40 minit i guess. Lupa sudah. So dekat sana terus cari makanan, kiteorg terus makan Subway, which is cost RM 15.70. Lepas tu, mula lah dengan aktiviti naik kabel car and masuk tempat animation semua tu. Cost for untuk Sky Cab ni RM 40 which include Cabel Car, Animation 3D, Skyrex, and SkyDome. Dari pukul 12-2 something kiteorang dekat situ, so kiteorg pun cari masjid for solat. Masjid pandai pandai lah cari kat waze or maps. 

dalam cabel car


Destinasi seterusnya, HIG which is Haji Ismail Group! Tempat favourite kalau siapa datang Langkawi rasanya. So dekat sini beli coklat lah, tak mampu lah memborong banyak coklat. Pitih tak banyok hahahaha. Coklat yang yana beli pun almost RM 60. Kalau boleh nak beli semua, tapi tak mampu lah hahahaa, masa yang sama beli magnet 3 RM 10. tak sah kalau tak beli magnets kan hahahaha. 


So lepas je habis 'shopping' di HIG terus solat Asar pulak. Terus kami pulangkan kereta dekat tuan owner ni. Sebelum kami bergerak pulang, sempat jugak lah kami bergambar tempat paling orang suka bergambar, kira signature for Langkawi lah. 


Dapat lah jugak dari takde kan. Kami pun feri dalam pukul 6.30 petang. So kami pun terus bergegas naik ke feri. Sampai di Kuala Perlis pun dalam pukul 8 something. Then makan dekat area situ. Lepas tu terus balik. Ada tempat yang tak sempat kami nak pergi macam Pantai Cenang, semua tu. Dengan cuaca panas terik semua tu. So tak pergi lah. takpe next time pergi yang pantai pantai pulak k. 

THANK YOU ROOMMATEs ❤️❤️❤️

BUDGET

Grab(pergi) - RM 15/4 = RM3.75
Ticket Feri - RM 18x2 = RM 36 
Kereta Sewa - RM 50/4= RM 12.50
Minyak Kereta - RM 7.50
Sky Cab - RM 40
Subway - RM 15.70
Magnet - RM 10
Coolblog *addition - RM 3.30
Dinner (nasi goreng ayam+air kosong) - RM 6.30
Grab(balik) - RM 15/4 = RM 3.75
Coklat - RM 57.40 

=RM 103.50 exc. subway, magnet, coolblog, dinner and coklat 
=RM 196.20 TOTAL SEMUA 

so i hope, membantu lah. But for me, i prefer to go by package sebab bila i tengok package set Langkawi tapi mostly ada island hoping semua tulah. Tapi ni semua atas darat punya hahahahaha, SO ya, harap budget di atas membantu korang nanti. bye! anneyeong! 

Sudah baca ? Like le . Thanks you .